KHIDMAT AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT – AHLI PARLIMEN RANTAU PANJANG

RANTAU PANJANG – Program khidmat air percuma inisiatif Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff kepada rakyat di kawasannya wajar diberi pujian.

Ikhtiar itu adalah menyambung usaha Kerajaan Negeri melalui Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) dalam membekalkan air tangki ke lokasi atau kampung-kampung yang terputus bekalan.

Menurut Dato’ Zailah, tindakan tersebut diambil kerana suasana yang kritikal dengan keadaan musim kemarau yang melanda negeri dan pihak AKSB tidak menang tangan untuk menguruskannya.

“Justeru, pihak kami mengambil inisiatif dengan menyediakan perkhidmatan lori dan pekerja sebagai tambahan apa yang telah dibuat oleh pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama AKSB bagi menghantar bekalan air untuk diisi ke tangki-tangki rumah yang mengalami gangguan air di kawasan tersebut.”

Katanya ketika dihubungi selepas turun padang membantu membekalkan air bagi kegunaan harian penduduk Kampung Kubang Chenok, semalam.

“Kita berharap agar masalah air yang berlaku di Rantau Panjang dapat diselesaikan dan kepada orang ramai diharapkan dapat bersabar dan dapat memaklumkan kepada pihak kami. Kami akan cuba buat yang terbaik,” tambahnya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Pautan

(Visited 6 times, 1 visits today)

Add Comment