KoPKB BUKA CAWANGAN AR-RAHN KE 36

BALING – Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (KoPKB) melangkah setapak lagi dengan pembukaan Pajak Gadai Islam Patuh Syariah Ar-Rahn di Baling, Kedah baru-baru ini.

Pajak Gadai Ar-Rahn Cawangan Baling adalah merupakan cawangan ke 36 di seluruh Malaysia dan cawangan kedua di Kedah selepas Ar-Rahn Sungai Petani.

Ar-Rahn ditubuhkan untuk menyediakan satu platform gadai bebas riba dan mematuhi syarak sebagai alternatif kepada sistem gadaian konvensional di samping menyediakan perkhidmatan tunai segera yang mudah dan cepat.

Menurut Yang Dipertua PoPKB, Ahmad Nazri Ismail, Ar-Rahn menerima semua golongan pelanggan termasuklah yang mempunyai Central Credit Reference Information System (CCRIS) Credit Tip Off Service (CTOS) dan telah banyak membantu golongan peniaga kecil untuk mendapatkan modal perniagaan segera.

“Kami juga menyasarkan dalam tempoh tiga tahun ini jumlah pembiayaan berjumlah RM7.5 juta setahun dan jumlah pelanggan dapat meningkat sehingga 3,500 orang di Daerah Baling,” katanya.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kelantan, Zainudin Mohamed dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Koperasi Rakyat Kelantan Berhad, Mohd Sabri Abdullah dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kedah, Norzila Nayan.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg

Sumber

(Visited 15 times, 6 visits today)

Add Comment