MACHANG – Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) bersinergi dengan Agrobank bagi menjayakan Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).
Pengurusnya, Mukhlis Mukhtar berkata KPKB telah mendapat penghormatan melalui Agrobank dengan Penyerahan Letter of Intent (Surat Hasrat) bagi melaksanakan Projek Modenisasi KPKB dalam menggalakkan penggunaan teknologi berteraskan IR 4.0 dalam aktiviti pertanian.
“Peranan KPKB ialah mempromosikan kemudahan pembiayaan Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA) kepada usahawan di Negeri Kelantan untuk membolehkan usahawan membuat permohonan di mana-mana cawangan AGROBANK di Negeri Kelantan.
Kita juga memberi nasihat serta bimbingan kepada usahawan yang berminat dengan kemudahawan pembiayaan PMRNA berkaitan teknologi yang bersesuaian untuk digunakan dalam aktiviti pertanian usahawan. Di samping memantau pelaksanaan teknologi berteraskan 4IR dalam aktiviti pertanian yang melibatkan usahawan yang mengambil kemudahan pembiayaan di bawah PMRNA,” jelasnya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Sukatan Gantang Beras Al-It’aam Kelantan di Dataran Kemahkotaan, Khamis lalu.
Tambahnya, Agrobank pula menyediakan kemudahan pembiayaan PMRNA untuk usahawan di Kelantan yang layak dengan kemudahan pembiayaan itu berdasarkan terma serta syarat yang telah ditetapkan di dalam garis panduan program PMRNA.
”Kemudahan pembiayaan kepada para petani itu termasuk untuk membeli dron, melengkapkan ladang dengan sistem Internet Kebendaan (IoT) dan pembelian jentera pertanian moden,” katanya.
Para petani yang berminat mendapatkan keterangan lanjut berkaitan projek tersebut dialu-alukan menghubungi Penyelia Agribisnes KPKB Yusri Yusof di talian 013-958 7844
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita4ptg