Laporan di TV3 amat tidak tepat, berniat jahat dan penyambung lidah fitnah

Laporan di TV3 amat tidak tepat, berniat jahat dan penyambung lidah fitnah.

Dakwaan bekalan air ke Taman Sri Pauh , Temangan dibekalkan hanya pada akhir Ramadhan adalah tidk benar sama sekali.

Pihak AKSB Machang telah bertugas dan menghantar air ke dalam tangki statik yang disediakan di Taman Sri pauh pada :-

  1. 5 Julai 2016 – Sehari sebelum raya ( 2 tangki )

      2. 7 Julai 2016 – Hari Raya ke – 2 ( 2 tangki )

      3. 9 Julai 2016 – Hari Raya ke – 4 ( tambah air )

      4. 11 Julai 2016 – Hari Raya ke-6 ( 2 tangki )

Untuk makluman, sumber air di Taman Sri pauh adalah dari Loji Bukit Remah Tanah Merah.

Berikutan keadaan geografi yang sedikit berbukit di Taman Sri pauh  menyebabkan air bermeter hanya keluar di waktu tengah malam hingga awal pagi sahaja kerana kawasan tinggi dan air bertekanan rendah.

Jadi alternatif pihak AKSB , semenjak 3 bulan lepas telah sediakan 2 tangki besar secara statik di sana.

Dalam kecaknaan ini, AKSB Machang telah mengambil tindakan sewajarnya untuk tempoh sementara dengan menyediakan tangki statik berkapasiti 1800 gelen sebanyak 2 unit di Taman Sri Pauh.

Kelaziman jadual sebelum Ramadhan ataupun Syawal pihak AKSB Machang telah mengisi air ke tangki dengan kekerapan 2 kali seminggu dengan lori tangki iaitu setiap Ahad dan Khamis.

Bulan Ramadhan dan Syawal ini, pihak AKSB telah menghantar air ke dalam tangki berkenaan dengan kekerapan selang sehari sahaja.

Namun jika penduduk setempat ada yang mengadakan majlis kenduri dan sebagainya, maka pihak AKSB akan hantar terus bekalan ke rumah penduduk mengikut keperluan yg dikehendaki.

Manakala untuk perancangan jangka pendek, pihak AKSB telah membina satu lagi telaga di Kampung Kuala Nal untuk menyalurkan air ke Taman Sri Pauh melalui Kuala Hau.

Asalnya keupayaan tekanan dari Kuala Hau hanya 30m3/j tetapi sekarang sudah 90m3/j.

Sekarang liputan air sumber dari Bandar Temangan semakin kecil dan peratusan untuk menyelesaikan permasalahan di Taman Sri Pauh semakin tinggi.

Perancangan jangka panjang AKSB Machang adalah dengan menyediakan bekalan air dari tangki yang sedang dibina di belakang Shell Bandar Machang yang dijangka dapat digunakan sepenuhnya di penghujung tahun ini dimana sumber air berkenaan adalah dari Loji Merbau Chondong.

Dijangka dengan beroperasinya loji tersebut ianya akan dapat menyelesaikan masalah di Taman Sri Pauh yang sedang dibangkitkan ini.

Justeru, laporan TV3 bukan saja berniat jahat, malah sengaja mewar-warkan kononnya masalah air di Kelantan amat kritikal sehingga  seolah-olah menafikan masalah yang sama dan terlebih kritikal di negeri lain khususnya di bawah pemerintahan BN.

Razuan Awang Hamad
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment