Lawatan Kerja ke Tapak Pembinaan Fly Over di Bandar Tanah Merah

TANAH MERAH: YB Sr Haji Azami bin Mohd Nor, Exco Kerjaraya , Infrastruktur dan Utiliti Negeri Kelantan mendengar taklimat dan mengadakan perbincangan bersama pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia berkenaan pembinaan fly over di Bandar Tanah Merah.

Dengan keadaan Bandar Tanah Merah yang semakin pesat membangun, pembinaan fly over yang terletak di persimpangan laluan Jalan Pasir Mas – Tanah Merah ini amat diperlukan kerana dapat mengurangkan kesesakan lalulintas, penguraian trafik dan memudahkan laluan bagi mereka yang ingin menuju ke Machang dan Jeli tanpa melalui Bandar Tanah Merah. Pembinaan ini dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2019.

Turut hadir pada pagi semalam, YB Mejar (B) Hj Md Anizam (Exco/ ADUN Kemahang), YB Hj Abdul Rahman (Timbalan Exco), YB Dato’ Hj Ab Fatah (Timb. Speaker/ ADUN Bukit Panau), Dato’ Pengarah JKR Negeri, Pengurus Besar Kanan Pembinaan Zon Timur 1 JKR Malaysia, Wakil Ketua Jajahan Tanah Merah dan Jurutera Jajahan.- FB YB SR. HAJI AZAMI MOHD NOR 16/10/2018

https://www.facebook.com/azamimnor/posts/1168881669928538

(Visited 13 times, 3 visits today)

Add Comment