MAAHAD MUHAMMADI LELAKI- SEKOLAH DALAM TAMAN

oleh Dr Izani Husin

Tahniah kepada warga Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu kerana telah memberikan imej yang baik kepada negeri Kelantan dengan meletakkan pendidikan yang membanggakan di peringkat kebangsaan. Teruja apabila pengetua meletakkan satu visi yang jelas, iaitu menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang terbaik dari segi akademik dan sahsiah.

Hari ini pula, kita ingin menjadikan sekolah sebagai tempat pendidikan awal dalam melaksanakan kempen kebersihan. Ini adalah visi baru dalam mewujudkan suasana yang kondusif dan semestinya perlu disokong dengan aktiviti dan program ke arah misi tersebut.

Sekolah dalam taman ini bukan sahaja bermaksud memiliki pokok yang banyak semata, tetapi juga berdisiplin dalam penjagaannya dan bijak dalam mengendalikan pengasingan sampah.Sekiranya amalan ini menjadi kebiasaan ianya akan mengurangkan kos penyelengaraan pada sesebuah sekolah.

Saya mengimpikan sekolah dalam taman berjaya direalisasikan dengan kerjasama semua pihak samada pihak berkuasa tempatan, warga sekolah dan yang penting sekali penglibatan pelajar-pelajar sekolah sendiri kerana anak-anak ini akan menjadi agen perubahan kepada kebersihan. Tahniah atas usaha yang digerakkan ini.- FB YB DR IZANI HUSIN 16/01/2020

*#KELANTANKUBERSIH*
*#JUPOSAPOHKUTIP*
*#JANGETOHOKKOKSEY*

Sumber: https://www.facebook.com/drizani/posts/1445792088918012

 

(Visited 66 times, 1 visits today)

Add Comment