MADINAH RAMADAN – KERAJAAN NEGERI PERUNTUKAN RM 600 RIBU

KOTA BHARU – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, YB Dato’ Dr Izani Husin berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM600,000 untuk menjayakan Program Madinah Ramadan sepanjang bulan puasa pada tahun ini.

Katanya, pelbagai pengisian menarik akan dimasukkan kedalam program tersebut termasuklah acara berbuka puasa bersama, solat tarawih dan juga ceramah agama yang akan bermula pada 23 Mac ini bertempat di kawasan pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

“Kita jangkakan program seperti ini akan menarik lebih ramai pengunjung terutamanya umat islam, dalam masa sama dapat memberi manfaat serta membuka peluang untuk bersama-sama bersedekah dalam bulan puasa,

Selain itu kita juga akan bekerjasama bersama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan untuk menyampaikan zakat terutamnya kepada asnaf, ibu tunggal dan anak yatim,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Madinah Ramadan yang turut dihadiri Yang Dipertua MPKB-BRI semalam.

#ViraliyatBerita1ptg

Sumber

(Visited 17 times, 1 visits today)

Add Comment