oleh Norzana Razaly
Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) amat meraikan warga Kelantan di perantauan dengan sentiasa menganjurkan majlis ramah mesra bersama anak perantau secara konsisten dan berkala melalui Unit Hubungan Seranta.
Pengarahnya, Haji Zulkifli Mamat mengingatkan kepentingan anak Kelantan di perantauan selaku aset pelengkap sisian (marginal constribution) kemenangan Kerajaan Islam Kelantan.
“Jika tamsilan jarak kemenangan kita sedepa panjangnya maka sejengkal untuk mencukupkan depaan itulah disempurnakan oleh kepulangan anak perantau balik mengundi parti pimpinan ulama, ujarnya dalam ucapan alu-aluan Program Jejak Permata Bersama Mahasiswa Kelantan pada 7 Mac 2020 di Pejabat Hubungan Seranta, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Pertemuan santai tersebut menampilkan Exco Pembanguan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat, YB Dato’ Fadzli Hassan yang membincangkan hala tuju sedekad ke hadapan mahasiswa-mahasiswi kelahiran Kelantan di institusi pengajian tinggi awam di sekitar Lembah Kelang.
Beliau turut melahirkan hasrat untuk sering bertemu dan bertukar fikiran dengan pelapis pimpinan dari generasi X dan Y tersebut untuk sama-sama menyumbang-saran demi memakmurkan Kelantan.
Katanya lagi, pimpinan siswa mestilah menghayati karya sasterawan dan negarawan Hamka dengan cemerlang akademik di samping aktif berharaki terutama berada pada era Revolusi Industri 4.0, zaman robot. Berniaga pun atas talian.
“Dalam apa sahaja keadaan, kita tetap dalam mod perjuangan. Samada menang atau kalah. Waktu kalah menuntut pengorbanan manakala ketika menang, ia adalah ujian yang sangat berat kepada kita, menuntut kita melaksanakan apa yang diperjuangankan”, pesannya.
Beliau turut melontar persoalan, apabila robot mengambil alih, dimanakah fungsi dan nilai manusia dalam mencari kehidupan?
“IR 4.0 memberi peluang untuk bina kehidupan jika bijak menggunakannya. Cabaran paling getir di universiti ialah kian ramai pelajar enggan melanjutkan pengajian di universiti kerana tanpa diploma dan ijazah pun mereka mampu beroleh pendapatan lumayan melalui perniagaan internet atau gig ekonomi”, katanya.
Melalui segmen Salam dari Parlimen ke Menara Gading, Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Fadhli Shaari menyatakan beliau datang atas semangat pemuda. Senario politik sangat menarik untuk diikuti dengan debaran yang membimbangkan.
“Amerika syarikat pasti tidak sukakan negara berorientasikan Islam moderat. Muslim sesama mulsim adalah umah ijabah manakala non muslim pula ialah umah dakwah. Parti berdasarkan dustur Ilahi terpaksa menyertai gelombang perikatan nasional kerana enggan menyebabkan kerosakan lebih teruk. Oleh itu rangkaian besar amat perlu untuk menyertai gelombang perubahan kepada Islam Memimpin”, tegasnya.
Beliau turut mengingatkan kesan masa depan hanya tiga peratus sekitar 200 ribu siswazah memiliki pekerjaan pada tahun mereka bergraduat. Maka, masa depan bergantung kepada pilihan diri-sendiri.
“Lihat 10 tahun akan datang. Hentikan budaya penyanjung populis yang bermuka-muka berdasarkan kenyataan pada permulaaan sahaja. Fokus kepada parti pimpinan ulama dan teknokrat menerajui Kelantan tanpa skandal dan mengekalkan rekod bersih. 30 tahun pimpinan ulama teknokrat mentadbir-urus Kelantan secara berintegriti. Maka wajar pertahankan Kelantan yang berjenama Islam”, pesannya.
Turut hadir ialah 50 mahasiswa dan Setiausaha Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (PERAKAN) Azman Awang.
Sumber: https://web.facebook.com/upknkelantan/posts/2625770304323987