Majlis Iftar Perdana Intervarsiti bersama mahasiswa/siswi

KUALA LUMPUR– YB Dato Panglima Perang Dato’ Hj Mohd Nassuruddin Hj. Daud dalam majlis Iftar Perdana Intervarsiti yang telah diadakan di Kompleks PerdanaSiswa, Universiti Malaya.

Turut hadir sama YB Hj. Zuraidin Bin Abdullah, ADUN Chetok dan YBrs Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. YB Dato’ telah memberi ucapan dan mengkupas berkaitan perang Badar yang dilalui oleh tentera Islam di bulan Ramadhan dan YB Dato’ juga menyampaikan peringatan dan nasihat berkaitan Lailatul Qadar kepada hampir 250 orang mahasiswa/siswi yang hadir.

Penyertaan mahasiswa/siswi ini adalah daripada beberapa Universiti sekitar Lembah Klang termasuk USIM dan beberapa IPTA/IPTS lain lagi. Dalam majlis ini juga YB Dato’ telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua wakil universiti-universiti yang terlibat dalam menjayakan program ini.- FB Majlis Tindakan DUN Meranti 24/5/2019

Sumber: https://www.facebook.com/mtdmeranti/posts/1240194019480182

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment