MANFAATKAN MEDSOS PADA MUSIM PERAYAAN -YB FATHAN

webmaster

oleh Norzana Razaly

KOTA BHARU, 11 Mei: Program Bicara Khas Bersama YB Kita terbitan Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) melalui Unit Libat Urus Masyarakat (ULUM) ke udara sebentar tadi dengan penampilan istimewa, Pengarah UPKN merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood.

Rancangan edisi ke-14 berdurasi hampir 60 minit tersebut mengupas tuntas perihal fenomena berpuasa dan beraya dalam norma baharu rentetan ujian pandemic Covid-19.

YB Fathan mengakui Ramadan tahun lepas dan sekarang lebih mendidik kita bersabar dalam erti kata sebenar.

Beliau juga menyarankan rakyat memanfaatkan aplikasi media sosial (medsos) semasa beraya agar ukhwah sentiasa erat.

Menurut beliau lagi, kesabaran itu perlu berada pada tahap optimum kerana musim ini mendesak kita mengubah kebiasaan dahulu kepada amalan gaya hidup baharu yang memerlukan banyak pengorbanan dan kerjasama daripada semua pihak.

Paling ketara pesta ibadah di Kelantan yang menjadi amalan tradisi di masjid dan surau, kini beralih lokasi ke rumah masing-masing. Begitu juga pesta balik kampung terbatas dan acara berziarah juga terhad.

Beliau turut mengesyorkan para perantau yang tidak berpeluang pulang beraya bersama keluarga di kampung supaya menghidupkan suasana berhari raya secara kreatif melalui kecanggihan teknologi digital.

“UPKN juga mengubah pendekatan meraikan program Mesra Aidilfitri yang lazimnya dianjurkan pada hari raya kedua saban tahun kepada sambutan secara maya dengan memaparkan koleksi ucapan pimpinan dan video pendek bertemakan hari raya melalui platform digital UPKN” katanya.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

25 ORANG PENARIK BECA TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI

oleh Che Maziah Mat KOTA BHARU, 12 Mei: Seramai 25 orang penarik beca menerima sumbangan sempena Aidilfitri bagi meringankan beban mereka menjelang Syawal ini. Sumbangan wang tunai sebanyak RM600 dan bakul makanan yang bernilai RM70 itu disumbangkan oleh kerajaan negeri melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC). Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan […]

Subscribe US Now