MENTERI BESAR SERAH SUMBANGAN UNTUK ASNAF

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU : Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan dan Raya kepada Asnaf OKU, Armalah dan Anak Yatim Kelantan di pejabatnya hari ini.

Pada majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi menerima gimik penyerahan Katil Wakaf sebagai ADUN Demit.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail pula menerima gimik penyerahan Bantuan Ad Hoc Armalah Siri 1 sebagai ADUN Selising.

Manakala Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim menerima gimik penyerahan Bantuan Skim Pendidikan Anak Yatim (SPY) Siri 1 sebagai ADUN Tanjung Mas.

Pada majlis yang sama, seramai lima orang OKU mewakili NGO masing-masing menerima gimik penyerahan sumbangan daripada Menteri Besar.

Menurut YB Dato’ Mumtaz, program ini merupakan program tahunan kerajaan negeri untuk agihan kepada setiap DUN.- UPKN KELANTAN 28/04/2021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

OKU, ASNAF DIRAI KHAS

oleh Norzana Razaly KOTA DARULNAIM – Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob meluangkan masa khas bagi menyantuni dan meraikan wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Orang Kelainan Upaya (OKU) di pejabatnya, pagi tadi. Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan dan Raya kepada asnaf OKU, armalah dan anak yatim […]

Subscribe US Now