Mr Awang Selamat Kelantan Hanya beberapa hari lagi

Tinggal 13 hari lagi akan berlangsung Cabaran Mr Awang Selamat Kelantan 2018, pertandingan bina badan patuh syariah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.

Kelantan adalah satu-satunya negeri buat masa ini mempersembahkan pertandingan bina badan yang menepati nilai-nilai moral apabila mensyaratkan pemakaian perserta yang menutupi aurat wajib bagi seorang lelaki.

Cabaran Mr Awang Selamat Kelantan 2018 yang perasmiannya akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

Manakala penyertaan penonton hanya terbuka kepada lelaki sahaja, kecuali ahli keluarga wanita yang akan ditempatkan di bilik khas.- UBES 30/9/2018

https://www.facebook.com/urusetiabeliasukan/posts/1943521872352965

(Visited 26 times, 1 visits today)

Add Comment