NGO TERUS SANTUNI MANGSA BANJIR

 
RANTAU PANJANG – Biarpun bencana banjir sudah pun berlalu sejak beberapa minggu lalu, namun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masih lagi meneruskan bantuan kepada mereka yang terjejas.
 
Dalam pada itu, Jabatan Amal Kelantan turut memberi sumbangan lebih 230 paket goodies makanan kering kepada seramai lebih 135 buah keluarga di kawasan Felcra Bukit Tandak, semalam.
 
Dalam masa yang sama juga, kesemua mereka turut disantuni oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff sebelum mengagihkan barangan bantuan kepada penduduk.
 
Kesemua mereka secara tidak langsung terkesan dengan keadaan banjir pada kali ini apabila kebanyakan jalan perhubungan terputus dan pergerakan terbatas.
 
Sementara itu, melalui laman sosial Jabatan Amal Kelantan turut membuka tawaran kepada mana-mana pihak yang ingin menyumbang atau menaja goodies bagi tujuan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas melalui akaun MAYBANK 5530 1060 6605, atas nama YAYASAN AMAL MALAYSIA.
 
#ViraliyatBerita9pg

Pautan: NGO TERUS SANTUNI MANGSA BANJIR

(Visited 6 times, 2 visits today)

Add Comment