OKU, ASNAF DIRAI KHAS

webmaster

oleh Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM – Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob meluangkan masa khas bagi menyantuni dan meraikan wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Orang Kelainan Upaya (OKU) di pejabatnya, pagi tadi.

Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan dan Raya kepada asnaf OKU, armalah dan anak yatim Kelantan berlangsung dalam suasana muhibbah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negeri (MKN).

Sebagaimana kelaziman, peruntukan RM100 ribu disediakan bagi menjayakan program yang bertujuan menzahirkan kecaknaan dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan dan kesejahteraan golongan kurang bernasib baik.

Wakil NGO tersebut menerima wang tunai RM100 dan hamper berisi keperluan asas dan kudapan lebaran untuk diagih kepada 1000 OKU di seluruh Kelantan.

Sebelum berlaku ujian penularan wabak Covid-19, para OKU dan asnaf Kelantan sentiasa dirai oleh Kerajaan Negeri dalam majlis iftar bersama.

Sehubungan itu, turut diadakan gimik Penyerahan Katil Wakaf yang diterima oleh Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato’ Hajjah Mumtaz Md Nawi.

Dato’ Mumtaz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit memaklumkan, Projek Wakaf Katil telah dilancarkan oleh Menteri Besar sejak tahun 2018.

“Cetusan transformasi untuk membantu pesakit terlantar di rumah bermula sejak tahun tiga tahun lepas. Kita sediakan dua unit di 45 DUN. Alhamdulillah tahun ini bertambah 180 buah”, katanya.

Manakala gimik Penyerahan Bantuan Ad Hoc Armalah Siri 1 (RM50K) pula diterima oleh Exco Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Saripuddin Tuan Ismail, merangkap ADUN Selising.

Diikuti gimik Penyerahan Bantuan Skim Pendidikan Anak Yatim (SPY) Siri 1 bernilai RM10 ribu yang diterima oleh ADUN Tanjung Mas, YB Rohani Ibrahim. UPKN KELANTAN 28/04/2021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

ADUN MELOR DR. MD YUSNAN YUSOF MENINGGAL DUNIA

‎إنا لله وإنا إليه راجعون‎إنَّ لِلَّه ما أَخَذ ولَهُ ما أَعطَى وكل شي عنده بأجل مسمى فلتصبر ولتحتسب Kepulangan YB Dr Md Yusnan Yusof, Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor ke pangkuan Ilahi sekitar pukul 2.00 pagi tadi […]

Subscribe US Now