Gua Musang :- Kerajaan negeri berjaya kesan dan menghalang banyak sindiket menjual tanah secara haram di hulu Kelantan sejak beberapa tahun lalu.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Berjaya mengesan kegiatan mereka apabila kerajaan negeri mengenakan dasar baharu bagi pemilikan tanah.
Beliau berkata sindiket didalangi orang luar itu telah meneroka tanah kerajaan secara haram antara 40 hingga 60hektar.
“Apabila mereka membuat permohonan untuk mendapatkan hak milik itu terpaksa kita melakukan siasatan dahulu dan mereka pula mengakui asal dari Kelantan dan telah berhijrah ke negeri lain.
“ Tujuan mereka untuk mengaut keuntungan mudah apabila menjual kepada sesiapa yang berminat “, Katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Geran Hak Milik Tanah. Di perkarangan masjid Felda Perasu, semalam.
Hadir sama ketua jajahan, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusoff, Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Che Noh Soh dan Peyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Syed Azhar Syed Alwi.
Mohd Amar berkata, dasar baharu pemilikan tanah yang diperkenalkan selepas pilihan raya Umum ke 13 (PRU13) itu bukan untuk menimbulkan masalah kepada penduduk di Hulu Kelantan.
Sebaliknya, kata beliau, ia bertujuan bagi meyekat mereka yang menjalankan aktiviti mengaut kekayaan hasil bumi Kelantan dengan cara mudah dan penduduk yang sukar mendapat tanah.
“ Oleh itu, setiap permohonan tanah di mana-mana sahaja di Kelantan di hadkan kepada 1.2 hektar sahaja seorang walaupun permohonan mereka lebih daripada keluasan itu,” katanya.
Beliau berkata, mereka tidak boleh memiliki tanah 1.2 hektar seorang kerana kerajaan mahui berlaku adik kepada semua penduduk supaya mereka dapat memiliki tanah bagi pertanian dan sebagainya.
“ kita lebih utamakan permohonan hak milik tanah keluarga miskin yang belum memiliki tanah manakala yang telah mempunyai banyak tanah akan di kemudiankan untuk siasat terlebih dahulu.
“kita tidak boleh menghalang bagi mereka yang mempunyai banyak wang untuk membeli tanah daripada penduduk, tetapi mesti yang telah ada geran hak milik,” katanya.
Orang luar jual tanah Kelantan
Gua musang :- Kerajaan negeri Berjaya kesan dan menghalang banyak sindiketmenjual tanah secara haram di hulu Kelantan sejak beberapa tahun laulu.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Berjaya mengesan kegiatan mereka apabila kerajaan negeri mengenakan dasar baharu bagi pemilikan tanah.
Beliau berkata sindiket didalangi orang luar itu telah meneroka tanah kerajaan secara haram antara 40 hingga 60hektar.
“Apabila mereka membuat permohonan untuk mendapatkan hak milik itu terpaksa kita melakukan siasatan dahulu dan mereka pula mengakui asal dari Kelantan dan telah berhijrah ke negeri lain.
“ Tujuan mereka untuk mengaut keuntungan mudah apabila menjual kepada sesiapa yang berminat “, Katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Geran Hak Milik Tanah. Di perkarangan masjid Felda Perasu, semalam.
Hadir sama ketua jajahan, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusoff, Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Che Noh Soh dan Peyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Syed Azhar Syed Alwi.
Mohd Amar berkata, dasar baharu pemilikan tanah yang diperkenalkan selepas pilihan raya Umum ke 13 (PRU13) itu bukan untuk menimbulkan masalah kepada penduduk di Hulu Kelantan.
Sebaliknya, kata beliau, ia bertujuan bagi meyekat mereka yang menjalankan aktiviti mengaut kekayaan hasil bumi Kelantan dengan cara mudah dan penduduk yang sukar mendapat tanah.
“ Oleh itu, setiap permohonan tanah di mana-mana sahaja di Kelantan di hadkan kepada 1.2 hektar sahaja seorang walaupun permohonan mereka lebih daripada keluasan itu,” katanya.
Beliau berkata, mereka tidak boleh memiliki tanah 1.2 hektar seorang kerana kerajaan mahui berlaku adik kepada semua penduduk supaya mereka dapat memiliki tanah bagi pertanian dan sebagainya.
“ kita lebih utamakan permohonan hak milik tanah keluarga miskin yang belum memiliki tanah manakala yang telah mempunyai banyak tanah akan di kemudiankan untuk siasat terlebih dahulu.
“kita tidak boleh menghalang bagi mereka yang mempunyai banyak wang untuk membeli tanah daripada penduduk, tetapi mesti yang telah ada geran hak milik,” katanya. – Sinar Harian