Elaun penghulu Kelantan antara tertinggi di Malaysia

webmaster

KOTA BHARU: Berdepan kekangan kewangan tidak membantut usaha kerajaan Kelantan menjaga kebajikan penghulu, apabila menaikkan elaun bulanan kepada RM900. Malah kadar tersebut merupakan antara tertinggi di Malaysia, juga lebih tinggi berbanding elaun Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sebanyak RM800. Elaun baru dinikmati penghulu di Kelantan dibayar mulai Julai lepas. […]

Royalti: 14 Isu Tuntutan Dibenar Ke Mahkamah Tinggi

webmaster

PUTRJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengizinkan Kelantan membawa kesemua 14 isu berkait tuntutan royalti Petroleum ke Mahkamah Tinggi. Keputusan tersebut diputuskan oleh tiga orang hakim yang bersidang bagi mendengar rayuan kerajaan Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Mei lalu. Peguam Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan negeri berkata keputusan tersebut mengarahkan […]

PMBK terima penarafan 4 bintang

webmaster

KOTA BHARU – Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menerima penarafan empat bintang dalam Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti bagi tahun 2014. Ketua Pegawai Operasinya, Sanusi Othman berkata, pengauditan yang berterusan dengan mengikut garis panduan serta prosedur antara faktor kejayaan PMBK sehingga melayakkan agensi itu menerima pengiktirafan dianugerahkan Jabatan […]

Program ‘Pintu ke Pintu’ lebih berkesan

webmaster

PASIR MAS – Program ‘Pintu ke Pintu’ menjadi platfrom terbaru yang diperkenalkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam usaha memberikan penerangan bahaya banjir di kawasan rendah. Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman berkata, ia melibatkan penerangan secara bersemuka terutama kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang […]

Tubuh pasukan khas pantau sindiket kutipan derma dan sedekah

webmaster

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan menubuhkan pasukan khas untuk mengawal dan menyelia kawasan kuliah Jumaat di Dataran Medan Ilmu, berikutan beberapa tangkapan membabitkan minta sedekah dan menyamar mengutip derma. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, selepas ini pihaknya tidak melarang urus niaga di kawasan berkenaan, sebaliknya tidak mahu ada […]

Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia keluar fatwa wajib sokong Turki

webmaster

QATAR, Selasa – Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diketuai oleh Prof Dr Yusof Al-Qaradawi hari ini mengeluarkan fatwa kewajiban menyokong dan membantu produk dan ekonomi Turki. Umat Islam juga diseru berdiri teguh bersama pendirian Turki dalam isu-isu terkini. “Kesatuan Ulama menyeru umat Islam sama ada individu, syarikat dan kerajaan, untuk […]

Kelantan tidak keluar lesen premis vape

webmaster

KOTA BHARU: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kelantan diarah tidak mengeluarkan sebarang lesen bagi menjual rokok elektronik (vape) di negeri itu. Bagaimanapun keputusan sama ada vape boleh dijual atau tidak di Kelantan akan diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Kerajaan Tempatan 16 Disember ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan […]

Hutang kerajaan kini berjumlah RM623.3 bilion

webmaster

KUALA LUMPUR – Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani. “Daripada jumlah berkenaan 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang,” katanya […]

Rakyat Kelantan cerdik politik, tahu menilai

webmaster

KOTA BHARU – Pas Kelantan yakin dengan ‘kecerdikan politik’ rakyat negeri ini malah tidak ada sebab untuk mereka menolak kerajaan yang ada hari ini sedangkan sebelum ini menyambut baik pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Setiausahanya, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sehingga hari ini kerajaan […]

Subscribe US Now