PAPISMA lancar kempen PKP kendiri

webmaster

oleh Norzana Razaly

KOTA BHARU, 23 Mei: Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) cawangan Kelantan melancarkan kempen Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kendiri atau “self lockdown” sebagai langkah memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19.

Pengerusinya, Dr Tengku Ahmad Damitri al-Astani Tengku Din berkata, kempen tersebut dilancarkan berikutan peningkatan pesakit Covid-19 di Kelantan mendadak sehingga 626 kes semalam.

“Senario di Kelantan berada pada tahap kritikal. Kesedaran masyarakat mesti dipertingkatkan. Setiap individu perlu mengingatkan diri sendiri dan keluarga supaya menetapkan PKP kendiri dengan polisi seperti yang terdapat di dalam video dan poster yang kami tularkan”, tulisnya melalui aplikasi Whatsapp.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa orang ramai mendaftar segera melalui aplikasi My Sejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin sebagai ikhtiar pencegahan daripada jangkitan virus yang mengancam nyawa berjuta-juta manusia di dunia.

“Rakyat juga diseru agar peka terhadap perkembangan berita terkini daripada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan) hanya mendapatkan maklumat yang sahih daripada sumber yang boleh dipercayai sahaja contohnya, Majlis Keselamatan Negeri (MKN)”, tulisnya lagi.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tim SOP

Kerajaan perkenalkan Tim S.O.P. bagi memantau dan menguatkuasakan amalan pencegahan di kalangan rakyat bagi mengekang penularan Covid-19. Silakan share jika bermanfaat.... Facebook 0 Twitter Print

Subscribe US Now