PELAKSANAAN KONSEP UMI, JKM RANGKUL DUA ANUGERAH

KOTA DARULNAIM – Konsep pelaksanaan Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan (UMI) yang dibawa oleh Kerajaan Negeri dalam kalangan pekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan telah membawa jabatan mereka memenangi dua anugerah.

“Dua anugerah tersebut ialah anugerah cemerlang bagi Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) DIY Negeri Kelantan Tahun 2022 dan Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2021,” kata Pengarah JKM Negeri Kelantan, Said Sidup.

Menurut beliau anugerah dan sijil tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob pada 5 Januari lalu sempena Amanat Tahun Baharu 2023.

Katanya lagi, melalui konsep UMI yang diamalkan, setiap pekerja di jabatannya memahami setiap tanggungjawab yang digalas sehingga sesuatu kerja itu menjadi mudah untuk dilaksanakan secara berhemah.

“Sehingga kini, terdapat banyak jabatan mengunjungi JKM untuk melihat sendiri secara dekat pelaksanaan EKSA tersebut, antaranya ialah daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Bomba, Majlis Daerah Kuala Krai dan Jabatan Perikanan,” ujarnya ketika ditemubual di pejabatnya, semalam.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Sumber

(Visited 30 times, 1 visits today)

Add Comment