PELANCARAN TAHUN MELAWAT KELANTAN 2020

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob sekali lagi menganjurkan program promosi pelancongan 4 tahun sekali iaitu Tahun Melawat Kelantan 2020 selepas kejayaan mengadakan Tahun Melawat Kelantan 2016 yang lepas.

Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2020 telah disempurnakan oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan dan turut diserikan dengan keberangkatan YBhg. Cik Puan Sofie Louise Johansson. Pelbagai program turut diadakan sempena Majlis Pelancaran diantaranya persembahan kereta berhias, perarakan kolej Gentera dan rakan strategik TMK2020, persembahan kebudayaan Kelantan dan banyak lagi. Sebanyak 66 program, acara dan aktiviti akan diadakan pada tahun ini dan telah dimasukkan ke dalam ‘Calendar of Event 2020’ yang diterbitkan oleh Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC).

Bagi memastikan kejayaan program ini, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Unit Perancang Ekonomi (UPEN) turut menjalankan kerjasama strategik bersama AirAsia, Laduni Services, Firefly, MAB, MyCar, Konsortium E-Mutiara, Odamakan.com, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) , Persatuan Hotel Bajet (MyBHa), Adabi, Persatuan Pemandu Pelancong Berlesen Negeri Kelantan (3PK), Izara Cookies dan D’Rose Batik Collection disamping meneruskan hubungan baik dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, Pejabat Tourism Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara, Kraftangan Malaysia dan semua agensi kerajaan dan swasta.

Turut hadir, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar, YBM Tengku Laksamana Kelantan, YB Dato’ Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Speaker DUN, YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Seni dan Budaya Malaysia serta semua barisan kepimpinan negeri.- FB MEJAR DATO’ MD ANIZAM AB RAHMAN 07/02/2020

Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2264215787205693&id=1525971781030101

(Visited 17 times, 1 visits today)

Add Comment