oleh Norzana Razaly
Bermula pukul 8.00 malam ini, Kelantan bakal bergemerlapan cahaya dan berseri-seri dengan jujukan perarakan ‘Kereta Berhias’ mewakili jajahan di Negeri Kelantan sempena Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2020 (TMK2020) di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke -IV, Kota Bharu.
Para hadirin juga akan dipertontonkan dengan pelbagai acara kebudayaan dan kesenian tempatan mewakili pelbagai kaum yang hidup rukun damai dan rasi bersama di bawah pentadbiran Kerajaan Islam Kelantan selama hampir 30 tahun.
Tambah mengujakan ialah paparan imej lokaliti pada badan bas E-Mutiara menonjolkan ikon-ikon pelancongan Kelantan.
Pakat mari belaka adik kakak seisi keluarga, kita bergembira penuh kesyukuran bersama seluruh pimpinan dan para kenamaan meraikan sambutan Tahun Melawat Kelantan 2020 bertemakan “family, food, festival”.
Berhiburlah mengikut syariah. Sentiasa ingat dan berpesan-pesan sesama kita, janganlah membuang sampah merata-rata.
Kita sambut tamu dengan senyuman mesra dan ramah-tamah berimejkan Kelantanku Bersih serta Kelantan di Hati.
#TMK2020
#KELANTANDIHATI
#KELANTANKUBERSIH
#JUPOSAPOHKUTIP
#JANGETOHOKKOKSEY