Pelancong Singapura hayati Ramadan di Kelantan

KOTA BHARU: Madinah Ramadan yang menjadi tumpuan rakyat Kelantan turut diimrahkan pelancong apabila mereka datang bersama keluarga.

Dr Izani Husin meninjau pemasangan khemah solat tarawih.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, mereka tinggal selama sebulan di Kelantan semata-mata untuk mencari ilmu dan beribadat sempena Ramadan.

Katanya, ada juga yang tinggal beberapa minggu di sini dengan menginap di hotel dan apartment berdekatan dengan Madinah Ramadan.

Antaranya Hotel Perdana, Hotel Grand Riverview, Hotel Ansar, KTC dan Hotel Habib Jewels.

“Kebanyakan mereka datang dari Singapura, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain,” katanya selepas meninjau kerja-kerja pemasangan khemah solat tarawih di Dataran Warisan hari ini.

Beliau juga berkata, khemah berkenaan mula dipasang Jumaat lepas dan dijangka siap sepenuhnya 4 Mei ini.

Katanya juga tahun ini ada sedikit perubahan dekorasi dan pemasangan 16 penghawa dingin dalam khemah solat bagi keselesaan orang ramai. – HARAKAHDAILY 30/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10852-pelancong-singapura-hayati-ramadan-di-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment