oleh Nik Azman Nik Mustafa
BACHOK – Seramai 80 orang pemandu kereta sewa menerima bantuan daripada kerajaan negeri pada Majlis Bantuan Khas Kerajaan Negeri Untuk Pemandu Kereta Sewa Yang Terjejas Kesan Pandemik Covid-19 di sini hari ini.
Bantuan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Ustaz Abdul Rahman Yunus yang mewakili pengerusi portfolio berkenaan.
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 134,600.00 membabitkan 673 pemandu kereta sewa seluruh Kelantan yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada tahun 2020.
Jajahan Bachok menjadi pilihan pertama untuk program ini dan akan disusuli jajahan lain pada masa terdekat ini dalam usaha kerajaan negeri membantu rakyat yang terjejas pendapatan akibat Pandemik Covid-19.
Turut hadir, ADUN Tawang, YB Dato’ Hassan Mohamood, ADUN Jelawat, YB Abdul Azziz Kadir dan Ketua Jajahan Bachok, YABrs. Dato’ Mohd Farid Dato’ Abdul Razak.- UPKN Kelantan 11/3/2021