PEMBABITAN SEMUA KAUM PENTING DEMI PERPADUAN

KOTA BHARU – Pembabitan semua kaum dalam setiap program sambutan perayaan adalah penting demi meningkatkan lagi hubungan kemesraan di antara kaum di Kelantan.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2023 di Kampung Tok Kong, Isnin lalu.

“Penganjuran program-program yang boleh mewujudkan kerjasama dan keharmonian di antara kaum amat dialu-alukan,” katanya.

Sempena sambutan tersebut turut diadakan persembahan tarian singa dan agihan ang pau kepada kanak-kanak.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ketereh, YB Mejar Jeneral Datuk Khlir Mohd Nor, ADUN Kadok yang juga Exco Kerajaan Negeri, YB Dato’ Sr Azami Mohd Nor, Penghulu Mukim dan Tanpa Mukim.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Pautan: PEMBABITAN SEMUA KAUM PENTING DEMI PERPADUAN

(Visited 6 times, 6 visits today)

Add Comment