PEMBAYAR ZAKAT MUDA DI KELANTAN MENINGKAT

KOTA BHARU – Bilangan pembayar zakat dalam kalangan anak muda meningkat 5 peratus bagi tahun 2022, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan terimaan wang zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ialah RM 227,209,887 bagi tempoh tersebut.

Yang Dipertua (YDP) MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebanyakan golongan muda juga gemar menggunakan kaedah bayaran zakat melalui kaedah Jom Pay atau atas talian kerana kaedah itu lebih mudah.

Menurut beliau, antara faktor yang mendorong peningkatan keseluruhan terimaan zakat tersebut juga ialah melalui kempen kesedaran berzakat secara video pendek dan promosi dalam media sosial MAIK yang berterusan dengan memaparkan informasi berkaitan zakat dan program-program agihan yang dilaksanakan di seluruh negeri.

“Selain itu, promosi yang dilakukan sepanjang tahun dengan program cabutan bertuah, hadiah kepada pembayar terawal serta cenderamata kepada para pembayar zakat turut menjadi dorongan kepada pembayar zakat untuk terus berzakat dengan MAIK,” katanya dalam Majlis Sidang Media Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan MAIK bagi Tahun 2022 yang berlangsung di Hotel H-Elit, pada 16 Februari lalu.

Tambahnya lagi, dengan beberapa pendekatan yang telah diambil, pihak MAIK mengharapkan masyarakat Islam khususnya akan lebih memahami betapa dekatnya kefarduan zakat kepada seseorang muslim.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Sumber

(Visited 6 times, 1 visits today)

Add Comment