PENGGUNAAN AIR TELAGA SECARA SARA DIRI TIDAK DICAJ

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KUBANG KERIAN – Menurut Seksyen 12 Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019 caj abstraksi sumber air tanah hanya untuk tujuan bekalan air industri atau komersial dan bukannya untuk tujuan bekalan air domestik.

Pada sidang media di pejabatnya hari ini, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Ustaz Abd Rahman Yunus berkata, penggunaan air telaga di rumah yang dikategorikan sebagai sara diri rakyat tidak perlu membuat permohonan lesen dan tiada apa-apa caj dikenakan.

Reaksi tersebut ekoran timbulnya isu yang tular di media sosial berkenaan dengan gambar surat tidak lengkap yang menyatakan bahawa perigi kediaman perlu memohon lesen abstraksi air tanah yang tidak benar sama sekali.- UPKN KELANTAN 21/4/2021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

YIK JAMIN KEBAJIKAN PELAJAR DAN GURU TERKESAN COVID-19

oleh Che Maziah Mat KOTA BHARU : Sekolah-sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) hari ini telah merekodkan sebanyak lima kluster pendidikan yang melibatkan kakitangan, guru-guru serta pelajar di sekolah tersebut. Kesemua pelajar yang disahkan positif perlu berkampung di asrama sekolah masing-masing serta […]

Subscribe US Now