PENGHULU: BARISAN HADAPAN BERI IMEJ KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI

KOTA BHARU – Penghulu adalah barisan hadapan yang berperanan memberi imej kepada kepimpinan kerajaan negeri.

Demikian menurut Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Penghulu Negeri Kelantan 2023/2024 di Dewan Perniagaan Cina, semalam.

Katanya, penghulu hendaklah memainkan peranan dan tanggunghawab dengan berkesan dan penuh amanah dalam memberi khidmat kepada rakyat.

“Setiap penghulu perlu ada maklumat yang jelas dan tepat tentang kerajaan untuk disampaikan kepada rakyat supaya tidak timbul sebarang kekeliruan.

Sebagai barisan hadapan setiap penghulu juga perlu ada kekuatan dan keyakinan diri yang tinggi dalam mendepani apa sahaja persoalan yang berkaitan dengan rakyat dan kerajaan,” katanya.

Berhubung perkara yang sama tegasnya, sebagai sebahagian anggota kerajaan setiap penghulu hendaklah menjadi pembela kepada pemimpin dan kerajaan.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1pg

Sumber

(Visited 17 times, 1 visits today)

Add Comment