
oleh Che Maziah Mat
KOTA BHARU– Kerajaan Negeri menasihatkan kaum Tiong Hwa yang akan meraikan sambutan Tahun Baru Cina pada 12 dan 13 Februari depan agar mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat agar penularan wabak Covid-19 dapat dikawal.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Datoβ Hj. Md. Anizam B. Ab Rahman hadir ke program sesi penyampaian limau dan ang pau sempena Tahun Baru Cina secara pandu lalu (drive-thru) yang bertempat di Kediaman Menteri Besar JKR 10.
Seramai 43 orang penerima hadir ke majlis tersebut yang terdiri daripada penghulu tanpa mukim (Wakil Kaum) dari 45 DUN. Di samping itu, penerima lain terdiri juga daripada penjawat awam dan ahli majlis dari daerah-daerah yang berkaitan.
Turut hadir Pengawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Encik Muhammad Sardi Che Abdul Hadi, Pegawai Khas Hubungan Luar/Antara Kaum Encik Lau Chin Chua, Pengerusi Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA) Encik Lim Guan Seng serta pengawai-pegawai Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN).- UPKN KELANTAN 7/2/2021

