KOTA BHARU: Seramai 6,600 penjawat awam di Kelantan bakal memperolehi bonus sebanyak RM500 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, pembayaran bonus itu melibatkan peruntukan kira-kira RM3.3 juta.
Menurutnya bonus berkenaan diberikan kepada kakitangan awam negeri sebelum Aidilfitri ini.
“Tarikh pembayaran ditentukan pihak pentadbiran, insya-Allah bonus akan dibayar sebelum sambutan Hari Raya,” ujarnya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini. – HARAKAHDAILY 21/5/2019
Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11162-penjawat-awam-di-kelantan-dapat-rm500
(Visited 4 times, 1 visits today)