Penyakit LSD- Kawalan di sempadan diperketatkan

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU, 6 Jun: Kerajaan Negeri Kelantan mengambil langkah mengetatkan kawalan di sempadan negeri ekoran penularan penyakit kulit kental atau Lumpy Skin Disease (LSD) yang dilaporkan menyerang haiwan ruminan di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YBM Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, lembu dan kerbau yang dipelihara di kawasan bersempadan Thailand membabitkan jajahan Tumpat, Pasir Mas dan Tanah Merah akan diperiksa rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan dengan kerjasama Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

“Tindakan ini bertujuan untuk mencegah penularan penyakit LSD bawaan virus Poxviridae yang disebarkan melalui gigitan serangga seperti nyamuk, lalat dan melalui kontak rapat dengan haiwan yang telah dijangkiti”, katanya ketika mengulas tentang LSD yang menular di Asia sejak 2019 dan terbaharu di Thailand.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Statistik Kes Covid-19 di Malaysia dan Kelantan

Silakan share jika bermanfaat.... Facebook 0 Twitter Print

Subscribe US Now