PENYELESAIAN ROYALTI : BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA

Perlu di fahami dan saya meyakini semua pihak tidak bermasalah tentang satu perkara iaitu Kelantan berhak untuk tuntutan royalti sebanyak 5 peratus terhadap setiap titik hasil minyak yang di keluarkan daripada perut bumi Kelantan.

Persoalan pokoknya sekarang ialah berapa nilai yang sepatutnya kerajaan Kelantan sepatutnya terima. Namanya royalti atau ehsan atau wang tunai kita berbalah kemudian.

Berdentum- dentam warga maya mengadili isu ini. Sumpah dan seranah bersulam. Sampaikan semua bodoh hanya untuk sebelah pihak. Cerdik hanya milik mereka. Kononnya.

Nilai ini hanya boleh di tentukan berdasarkan berapa nilai hasil minyak yang disedut daripada hasil bumi Kelantan.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan sekarang kerana sedikit berbeza dalam pengagihan wang royalti, namun di sana masih terdapat sedikit kesumat yang tersimpan. Berpusing- pusing mencari helah.

Penyelesaiannya mudah, YB Menteri Kewangan hanya perlu menyatakan berapakah hasil keseluruhan minyak Kelantan dan bilakah tarikh-tarikhnya akan di bayar.

Sebelum berakhir, satu persoalan yang juga berkaitan : Apakah status terhadap bayaran-bayaran yang tidak pernah di berikan oleh kerajaan sebelumnya.

Tuntutan ini sudah sekian lama. Malah bingkai sejarahnya penuh liku. Seandainya kita semua mahu berlaku adil, inilah masanya agar nanti kita tidak di sumpah nista oleh generasi mendatang yang kitalah manusia menyekat atau menipu hak rakyat Kelantan.

Abdul Latiff Abdul Rahman
Ahli Parlimen Kuala Krai,
18 Safar 1441 / 17 Oktober 2019,
Kuala Lumpur.

Sumber: https://www.facebook.com/UstazLatiff4KualaKrai/posts/2722734744436635

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment