PERAKAN SATUKAN PERANTAU KELANTAN

PERAK – Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (PERAKAN) Malaysia aktif menganjurkan pelbagai program dan aktiviti untuk menyatukan anak-anak Kelantan di perantauan dengan pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan.

Demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, YB Mohd Rusli Abdullah ketika berucap mewakili Kerajaan Negeri Kelantan pada Majlis Berbuka Puasa PERAKAN Malaysia Cawangan Ipoh di Masjid Al-Ikhlas Ampang, semalam.

“Semoga melalui program seperti ini akan lebih mengeratkan hubungan antara anak-anak Kelantan di perantauan,” katanya.

Turut hadir, Presiden PERAKAN Malaysia, Dato’ Sr. Dr. Wan Aminuddin Wan Hussin, Timbalan Presiden PERAKAN Malaysia, Zarliza Ramli dan Penolong Pengarah Hubungan Seranta UPKN, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg

Pautan

(Visited 10 times, 4 visits today)

Add Comment