TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN VIDEO PENDEK
TEMA : KELANTAN SEJAHTERA
- SYARAT PENYERTAAN
- Penyertaan adalah terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA.
- Penyertaan boleh dikemukakan secara INDIVIDU atau BERKUMPULAN, lelaki atau wanita.
- Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan, tetapi hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
- Penyertaan adalah PERCUMA.
- OBJEKTIF PERTANDINGAN
- Memperingati tarikh bersejarah, 21 Oktober 1990, bermula pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan berteraskan Membangun Bersama Islam di bawah kepimpinan ulamak.
- Menzahirkan kesyukuran di atas kestabilan dan kejayaan pentadbiran kerajaan Membangun Bersama Islam selama 30 tahun.
- Memobilisasi penglibatan kreativiti anak muda dalam memupuk kefahaman dasar Membangun Bersama Islam serta semangat cintakan negeri.
- Mendokumentasi secara kreatif kemajuan dan transformasi Kelantan sepanjang 30 tahun di landasan Membangun Bersama Islam.
- SYARAT PERTANDINGAN
- Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang telah ditetapkan iaitu KELANTAN SEJAHTERA sempena 3 Dekad Membangun Bersama Islam.
- Setiap hasil karya hendaklah hasil karya sendiri dan tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan filem / video kebangsaan atau antarabangsa.
- Penyertaan adalah dibenarkan dalam Bahasa Melayu atau bahasa lain dengan sari kata Bahasa Melayu.
- Harta intelek bagi mana-mana karya penerbitan, percetakan dan penyiaran yang dilampirkan dalam karya mesti mendapat kebenaran bertulis daripada pemegang hak cipta berkenaan.
- Hasil karya hendaklah tidak mengandungi sebarang unsur pornografi, jenayah, fitnah, penghinaan serta menyentuh sensitiviti individu, agama, kaum dan budaya.
- Karya atau mana-mana bahagian dalam karya mestilah tidak melanggar sebarang undang-undang dan tidak terhad kepada hak privasi, hak harta intelek, hak cipta, hak moral, cap dagangan atau nama perniagaan, atau hak mana-mana pihak ketiga.
- Sekretariat Pertandingan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan daripada pihak ketiga akibat pelanggaran hasil hak cipta terhadap hasil karya tersebut.
- FORMAT VIDEO
- Durasi video pendek hendaklah tidak melebihi 3 minit termasuk montaj dan kredit.
- Format video adalah bebas seperti animasi, drama, sketsa, komedi atau dokumentari.
- FORMAT PENGHANTARAN VIDEO
- Borang Penyertaan Pertandingan yang lengkap diisi, video pendek dalam format HD, skrip dan synopsis hendaklah diemail ke upknkelantan@gmail.com.
- Peserta hendaklah LIKE dan SHARE video penyertaan masing-masing yang dimuatnaik di Facebook UPKN (oleh pihak UPKN sendiri) SELEPAS tarikh akhir penyertaan.
- KRITERIA PEMARKAHAN
- 50% pemarkahan adalah berdasarkan LIKE di Facebook UPKN Kelantan.
- 50% pemarkahan adalah dinilai oleh juri mengikut criteria berikut:
- Idea
- Kreativiti
- Patuh Syariah
- Menepati Tema
- HADIAH PEMENANG
- Pemenang-pemenang akan menerima penghargaan seperti berikut :
- Johan : Tunai RM2000.00 dan Sijil Penyertaan
- Naib Johan : Tunai RM1000.00 dan Sijil Penyertaan
- Tempat Ketiga : Tunai RM700.00 dan Sijil Penyertaan
- 7 Saguhati : Tunai RM300.00 dan Sijil Penyertaan
- Setiap penyertaan layak menerima Sijil Penyertaan.
- Pemenang akan dihubungi melalui telefon atau surat.
- Pemenang-pemenang akan menerima penghargaan seperti berikut :
- TUNTUTAN HAK CIPTA
- Setiap karya penyertaan adalah hak milik Sekretariat Pertandingan Video Pendek Kelantan Sejahtera sempena 3 Dekad Membangun Bersama Islam, Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan.
- Karya tersebut berhak digunakan untuk sebarang tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
- Peserta juga mesti membenarkan suntingan dibuat terhadap tajuk dan video penyertaan bagi tujuan penyiaran.
- PENOLAKAN PENYERTAAN
- Sekretariat Pertandingan berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan dan format video.
- Penyertaan dikira terbatal jika didapati diciplak atau tidak asli.
- TARIKH TUTUP
- Semua penyertaan hendaklah dikemukakan secara email ke upknkelantan@gmail.com selewat-lewatnya pada 31 Januari 2021(Ahad) sebelum jam 5.00 petang.
- Penyertaan selepas dari tarikh tutup tidak akan diterima.
- BORANG PENYERTAAN
- Imbas QR Code di poster untuk Borang & Syarat Penyertaan Pertandingan.
12. SEKRETARIAT PERTANDINGAN
Sekretariat Pertandingan Video Pendek
Kelantan Sejahtera sempena 3 Dekad Membangun Bersama Islam
Urusetia Penerangan dan Komunikasi
Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 7, Tingkat 1, Kompleks Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu Kelantan
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
- Pejabat : 097483529(Am)
- Whatsapp : 0145071518(Farah) / 0199131007(Khairiah)
13. KEPUTUSAN JURI
- Keputusan Juri Pertandingan adalah muktamad. Sebarang bantahan dan rayuan tidak akan dilayan.
14. Sila klik link di bawah ini untuk muat turun borang dan syarat Pertandingan Video Pendek.
(Visited 6 times, 2 visits today)