Perubahan Hala Jalan Di Wakaf Bharu Sempena Hari Raya Aidifitri 2017

Perubahan hala jalan di Pekan Wakaf Bharu bagi mengatasi pertambahan bilangan kenderaan darat yg dijangka bertambah utk pulang berhari raya ke Tumpat akan dilaksanakan mulai selama seminggu bermula Sabtu, 24 Jun 2017 sehingga Sabtu, 1Julai 2017.

Pengguna jalanraya diminta bersabar dan mematuhi arahan papan tanda juga pertugas yg melibatkan anggota Polis Trafik dan anggota Penguatkuasa Majlis Daerah Tumpat.

Pemandu kenderaan juga diminta agar tidak menunggu penumpang yg ke Pasar Wakaf Bharu sehingga boleh menyempitkan jalan, pemandu disyorkan utk menurunkan sahaja penumpang yg ingin ke pasar atau sebagainya, dan menanti panggilan telefon utk memasuki semula kawasan pasar utk mengambil penumpang yg turun membeli barangan keperluan raya.

Berkemungkinan besar kesesakan sementara akan juga berlaku apabila pagar lintasan kereta api ditutup beberapa minit utk memberikan laluan kepada kereta api.

Kesabaran dan kerjasama drp pemandu sangatlah diharapkan.

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tumpat.

Sumber FB Majlis Daerah Tumpat

(Visited 8 times, 3 visits today)

Add Comment