PERUNTUKAN RM150 RIBU, NAIK TARAF ZON BIC BACHOK

BACHOK – Kerajaan Negeri memperuntukkan RM150,000 bagi kerja-kerja menaik taraf Zon Bersih, Indah dan Ceria (BIC) di Bachok.

Peruntukan tersebut disampaikan Exco Kerajaan Tempatan YB Dato’ Dr Izani Husin kepada Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDB-BPI) Azi Rahimee Mohamed selepas melakukan tinjauan kerja-kerja baik pulih dan keceriaan Pasar Siti Zainab pada 27 Februari.

Sebelum itu, Dato’ Dr Izani juga telah hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Sewaan Kiosk kepada 30 peniaga di Pantai Senok.

Beliau berharap perkara tersebut dapat membantu membuka peluang perniagaan kepada para peniaga dan sekali gus dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Selain itu, beliau juga berpesan kepada peniaga supaya mengenakan harga yang berpatutan, memberi layanan baik kepada pengunjung serta mengutamakan kebersihan makanan dan keceriaan gerai.

“Insyaallah Pantai Senok akan menjadi destinasi pilihan orang ramai. Pakat-pakat jaga kebersihan dan keceriaan tempat rekreasi kita,” kata beliau melalui hantaran facebook rasminya.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Sumber

(Visited 15 times, 3 visits today)

Add Comment