PETANI PERLU LAPOR TANAMAN TERJEJAS AKIBAT BANJIR

KOTA BHARU – Golongan petani yang mengalami kerugian akibat banjir baru-baru ini, boleh menghubungi pegawai Pejabat Pertanian untuk melaporkan kerugian yang mereka alami.

Laporan tersebut diperlukan untuk melancarkan proses saluran bantuan menerusi permohonan Insentif Tabung Bencana.

Mengikut maklumat daripada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, borang permohonan boleh diambil di Pejabat Pertanian di jajahan masing-masing dan perlu mendapat pengesahan daripada ketua kampung.

Selain perlu, mereka perlu membuat laporan pengesahan di balai polis berdekatan serta memuat naik gambar yang jelas perihal kerosakan tanaman tersebut dan dikepilkan pada borang permohonan masing-masing.

Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar dalam tempoh 15 hari selepas bencana dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat Pertanian berhampiran.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Hijau dan Alam Sekitar YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail membuat lawatan kerja bersama Ahli Parlimen Tumpat YB Dato’ Mumtaz Md Nawi ke kawasan tanaman penduduk yang terjejas akibat banjir di sekitar Kota Bharu.

#ViraliyatBerita1ptg

Pautan: PETANI PERLU LAPOR TANAMAN TERJEJAS AKIBAT BANJIR

(Visited 13 times, 3 visits today)

Add Comment