PKD BUNUT PAYONG RAI WARGA EMAS

TUMPAT – Sempena Sambutan Hari Warga Emas Pusat Khidmat DUN (PKD) Bunut Payong menganjurkan program Jaulah As-Sabiqun As-Sabiqat DUN Bunut Payong dan UKeKWa (Hari Warga Emas) di Sri Tanjung dan Dataran Warisan Kampung Laut, baru-baru ini.

Seramai 80 peserta menyertai program anjuran bersama dengan Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKeKWa) yang bertujuan mengeratkan silaturahim sesama warga emas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, YB Dato’ Dr Ramli Mamat diwakili isterinya, Datin Wan Anita Mohd Amin mengetuai rombongan tersebut.

Menurutnya, program ini untuk memberi input pengisian yang bermanfaat kepada peserta yang telah disampaikan oleh Ketua As-Sabiqun, Ustaz Wali Zakaria bersama Setiausaha As-Sabiqun, Ustaz Fadzil Sahak.

“Sambutan Hari Warga Emas ini disambut bagi meraikan warga emas sebagai mengiktiraf jasa dan sumbangan mereka ke arah pembangunan bangsa dan negara,” katanya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Sumber

(Visited 14 times, 3 visits today)

Add Comment