PKINK ADAKAN PROGRAM BICARA KESIHATAN UNTUK KAKITANGAN

KOTA BHARU – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mengadakan Program Bicara Kesihatan untuk kakitangan bersama Klinik Primer Cherang yang merupakan klinik panel PKINK.

Ceramah disampaikan oleh Pemilik Bersama Klinik Primer Cherang, Dr Safwan Saifudin di Bilik Operasi PKINK, baru-baru ini.

Selain ceramah, turut diadakan saringan pemeriksaan kesihatan kepada kakitangan PKINK di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 10, Bangunan PKINK.

Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, Ahmad Nazri Ismail dan wakil Klinik Primer Cherang, Muhamad Shahir Saifudin.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg

Pautan: PKINK ADAKAN PROGRAM BICARA KESIHATAN UNTUK KAKITANGAN

(Visited 3 times, 3 visits today)

Add Comment