PKINK Rai Pelajar PERKIM

KOTA BHARU – Selain mementingkan kebajikan rakyat, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut memberi perhatian dan keutamaan kepada saudara baru di negeri ini.

Seperti tahun sebelumnya, PKINK sekali lagi meraikan pelajar-pelajar Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) P Chepa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus berkata, sempena bulan Ramadan PKINK mengambil peluang meraikan saudara baru dengan menyampaikan sedikit sumbangan bagi meraikan saudara baru untuk sama-sama meraikan kehadiran Syawal 1440H.

“Program ini untuk menyatakan saudara baru tidak keseorangan dalam menjalani proses perubahan dalam hidup mereka.

“Ini juga adalah sebahagian daripada program dakwah bagi ahli keluarga mereka yang belum memeluk Islam, dengan menunjukkan keindahan Islam yang tidak memutuskan hubungan kekeluargaan walaupun berbeza agama,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika satu Program Ihya’ Ramadan 1440H Komuniti Dan Masyarakat di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP), Pengkalan Chepa, di sini baru-baru ini.

Hadir sama di program itu, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Nazri Ismail, Pengurus Projek, Sumber Asli dan Industri Kumpulan, Ahmad Hilmi Mohd Nawawi dan Pengetua Institut Dakwah Islamiah PERKIM, Che Ahmad Che Mahmood.- FB PKINK 26/5/2019

Sumber: https://www.facebook.com/sedckelantan/posts/2212069822204670

 

(Visited 47 times, 5 visits today)

Add Comment