PKINK RAIKAN 224 ASNAF

KOTA BHARU – Majlis Sinar Kasih Ramadan 2023 meraikan golongan asnaf, fakir miskin, anak yatim, penjaga anak yatim dan pondok yang sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Kelantan.

Bersempena Ihya’ Ramadan 1444, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah memberi sumbangan kepada 224 penerima pada majlis tersebut.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, bagi setiap golongan ada ujian masing-masing, termasuk orang kaya dan orang susah.

Orang yang senang di dunia tidak semestinya senang di akhirat jika tidak terlepas dengan ujian di dunia dan orang susah di dunia tidak semestinya akan terus susah di akhirat sana.

Tambahnya, hakikat hidup di dunia adalah ujian dan sesiapa yang melepasi ujian di dunia ini akan beroleh ganjaran yang baik di syurga kelak.

Beliau berkata demikian semasa mewakili pihak PKINK menyampaikan sumbangan kepada 100 asnaf, 100 anak yatim, 24 penjaga enam pusat jagaan dan tiga buah institusi pondok di Hotel Grand Riverview.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), Hishamuddin Hussein.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Sumber

(Visited 5 times, 1 visits today)

Add Comment