PPR Kota Bharu pula dinama pemimpin Umno

KOTA BHARU: Selepas gagal menamakan Dataran Tok Pa di Jalan Dato’ Pati, kini Umno menamakan pula Perumahan Rakyat Kota Bharu (PPR) dengan nama ‘PPR Tan Sri Fatmi Kota Bharu’.

Tindakan pihak terbabit bertentangan dengan persetujuan pada mesyuarat 28 Disember lepas yang bersetuju menamakan projek tersebut sebagai PPR Kota Bharu.

Mesyuarat tersebut tuut dihadiri pegawai Jabatan Perancang Bandar dan Lanskap, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Bagaimanapun MPKB-BRI menerima aduan papan tanda PPR tersebut telah diubah tanpa persetujuan mesyuarat dan dinamakan sebagai ‘PPR Tan Sri Fatmi Kota Bharu’.

Jurucakap MPKB BRI berkata, tindakan pemaju projek tersebut bertentangan Jawatankuasa Kebangsaan Geografi, Jabatan Ukur dan Pemetaan yang memutuskan nama orang tidak digalakkan dalam sesuatu entiti geografi.

Katanya, pelaksanaan garis panduan tersebut telah diterima dan disahkan di melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Nama-Nama Geografi yang diurusetia Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan.

“MPKB-BRI akan mengeluarkan notis kepada pemaju bagi meremedikan kesalahan papan tanda PPR tersebut.

“Notis tersebut dinyatakan tindakan remedi membuang nama ‘Tan Sri Fatmi’ yang terdapat pada papan tanda tersebut yang perlu dilakukan pemaju kerana pelanggaran peraturan,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 20/4/2018

(Visited 5 times, 1 visits today)

Add Comment