Pra Himpunan Akta 355 di Machang esok

KOTA BHARU: Sebelum berlangsung himpunan menyokong Akta 355 di Dataran Merdeka 18 Februari hadapan, pra-himpunan akan diadakan di Machang malam esok.

Jerayawara (Roadshow) Himpunan 355 akan dilangsungkan di Padang Majlis Daerah Machang bermula solat Isyak.

Penerangan isu Akta 355 itu dianjurkan kerajaan negeri yang menampilkan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu anggota Exco kerajaan negeri Datuk Nassurudin Daud dan anggota parlimen Kota Bharu yang juga seorang peguam, Datuk Takiyuddin Hassan.

Pada 24 November lepas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentang kali kedua usul persendirian berkaitan RUU 355 mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Usul kali kedua itu berbeza sedikit berbanding usul yang dibentang pada persidangan parlimen sebelum itu.

Pada Mac 2015 Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)(1993). – HARAKAHDAILY 11/1/2016

(Visited 21 times, 1 visits today)

Add Comment