PROGRAM MOTIVASI YIK LAHIRKAN GENERASI AL-QURAN

TUMPAT – Seluruh pelajar tingkatan satu sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dalam Parlimen Tumpat diraikan dalam Program Motivasi Pelajar Baharu YIK 2023 Parlimen Tumpat.

Program tersebut diadakan di Maahad Muhammadi Pasir Pekan pada 18 April lalu untuk melahirkan generasi al-Quran.

Ketika berucap merasmikan majlis, Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Mumtaz Md. Nawi berkata, program itu bermatlamat untuk melahirkan generasi al-Quran sebagai teras pendidikan dan pembangunan insan dari kanak-kanak hingga peringkat komuniti.

Beliau turut mengagihkan sumbangan al-Quran dan beg aktiviti kepada para pelajar.

Turut hadir, para pengetua dan guru-guru sekolah yang terbabit dengan program tersebut.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Pautan

(Visited 5 times, 1 visits today)

Add Comment