PROGRAM OUTREACH VAKSINASI COVID-19 TARIK KESEDARAN RAKYAT

webmaster

oleh Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 9 Jun: Seramai 250 penerima bagi dos pertama vaksin telah berjaya hadir ke program Outreach Vaksinasi COVID-19 yang berlangsung di sini, bermula semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr. Izani Husin, jangkaan jumlah akan bertambah kepada 650 penerima sepanjang tiga hari program tersebut berlangsung.

“Sebanyak 31 program outreach telah diatur dalam usaha untuk membantu penduduk luar bandar mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Setakat hari ini, lebih 120,000 rakyat Kelantan telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 manakala 56,000 orang telah lengkap dua dos suntikan”, katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Vaksinasi COVID-19 di Kota Bharu.

Pada masa yang sama, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jawatankuasa Masjid, Penghulu, Jabatan Amal, RELA dan para sukarelawan yang sentiasa membantu memastikan program ini berjalan lancar.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

18,022 RAKYAT PASIR MAS SUDAH DIVAKSINASI

oleh Norzana Razaly PASIR MAS, 9 Jun: Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ahmad Fadhli Shaari mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada 13,182 warga Pasir Mas yang sudah pun menerima dos pertama manakala 3,840 lagi telah lengkap dua dos sempena Program Imunisasi COVID-19 bagi jajahan Pasir Mas. “Sejak beroperasi pada 26 […]

Subscribe US Now