PROGRAM TOWNHALL GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN PEMBANGUNAN

TUMPAT – Program Townhall adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Principal Submitting Person (PSP) mengenai dasar dan keperluan kehendak majlis dalam permohonan untuk pembangunan seperti permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan infrastruktur landskap mengikut kaedah serta garis panduan yang betul agar pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik.

Demikian menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat (MDT), Rusydee Abdullah ketika berucap merasmikan Program “Townhall” Majlis Daerah Tumpat Bersama Principal Submitting Person (PSP) di Dewan Sri Renjuna, semalam.

“Pelaksanaan 3.0 plus telah memberikan satu sistem penyampaian yang lebih mudah kepada pihak PSP yang dilaksanakan secara atas talian.

“Sebagai usaha penambahbaikan MDT berhasrat bermula tahun 2023 semua proses bermula dari permohonan kelulusan sehingga ke perakuan CCC dapat dilaksanakan secara sepenuhnya di atas talian,” katanya.

Tambahnya, pada kesempatan ini beliau ingin berkongsi kaedah baharu yang akan dilaksanakan pada waktu terdekat ini iaitu kelulusan permohonan pelan bangunan terancang dalam tempoh tiga hari serta pelan landskap, selaras dengan hasrat kerajaan bagi mempercepatkan proses permohonan pemajuan.

“Saya berharap setiap PSP melakukan kerja dengan baik dan amanah dalam melakukan permohonan pemajuan serta laporan di tapak agar ianya selari dengan undang-undang yang telah ditetapkan.

Saya berharap pihak PSP dapat bekerjasama dengan pihak MDT dalam sama-sama kita menjaga prosedur yang sepatutnya dalam mengawal pembangunan,” katanya.

Turut hadir Setiausaha MDT, Mohd Khairil Hazmie Yusof serta Ahli-ahli Majlis MDT.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

Pautan: PROGRAM TOWNHALL GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN PEMBANGUNAN

(Visited 17 times, 8 visits today)

Add Comment