PURNAMA HARGAI TUGAS FRONTLINERS

webmaster

oleh Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 10 Mei: Sebanyak 3 buah hospital menerima sumbangan kuih raya daripada Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (PURNAMA).

Antaranya Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu (HRPZ) , Hospital Tumpat dan Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada satu Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Raya Aidilfitri di HRPZ II semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua PURNAMA, Datin Bentara Kanan isteri YAB Menteri Besar Kelantan, Hajjah Siti Zabidah Ab Hamid.

Turut menyampaikan sumbangan isteri YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan selaku Setiausaha PURNAMA, Datin Nor Asikin Haji Ahmad dan Pengerusi PPWK, Wan Anita Mohd Amin.

Program ini merupakan program tahunan kerajaan negeri menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai menyantuni peranan anggota pasukan keselamatan khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan YBrs Dr.Zaini B. Hussin, Pengarah HRPZ II Dato’ Dr. Hajjah Selasawati bt. Hj. Ghazali dan para petugas barisan hadapan.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

AKSB BEKAL 520 JUTA LITER AIR BERSIH SEHARI MENJELANG AIDILFITRI

oleh Nik Azman Nik Mustafa KOTA BHARU, 10 Mei: Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) akan mengoptimumkan bekalan air bersih kepada pengguna menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Ketua Jabatan Operasi AKSB, Mohd Ashri Awang menjelaskan perkara berkenaan pada sidang media di Kompleks Kota Darulnaim hari ini. Silakan share jika bermanfaat.... […]

Subscribe US Now