Raja-Raja Melayu terus jadi payung rakyat tumpang berteduh

DSC_2839PASIR PUTEH : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mencemar duli bersama rakyat miskin dan asnaf di Kelantan pagi tadi.

Baginda Sultan berdua mencemar duli ke majlis penyerahan dan pengurniaan kunci rumah kepada penduduk Desa Alam Shah, Kampung Gong Jenarah, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berbesar hati dengan keupayaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menguruskan sumbangan rakyat negeri ini sehingga membolehkan kemakmuran Selangor dikongsi dengan mereka memerlukan.

DSC_2977Inisiatif ini membuktikan bahawa institusi pengurusan ekonomi berteraskan agama terus relevan dalam masyarakat maju.

Mengiringi Sultan Kelantan adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.Turut hadir adalah Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Tuanku Syed Putra Jamalullail.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment