Rancang agenda “bercuti” 14 hari sepanjang PKP- YB Mumtaz

webmaster
Agenda Lockdown

14 hari ‘lockdown. Tak tahu nak rancang, nak buat apa di rumah? Agenda ‘Lockdown’ dengan tip dan panduan mungkin boleh membantu anda.

Posted by Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan on Monday, May 31, 2021

oleh Norzana Razaly

KOTA BHARU, 1 Jun: Fasa Pertama Perintah Berkurung atau “total lockdown” berkuatkuasa hari ini hingga 14 Jun depan melibatkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi selama 14 hari kecuali perkhidmatan yang diperlukan (essential services).

Sehubungan itu, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi berkongsi panduan untuk setiap keluarga mengisi masa bersama sepanjang tempoh yang dikatakannya akan menjadi sejarah selepas masyarakat berjaya mencapai ‘herd imunity’ (imuniti kelompok).

Melalui video berdurasi 7 minit itu, beliau menyeru rakyat belajar meneruskan norma baharu dengan menghayati kepentingan menjaga masa untuk mengelakkan kerugian seperti intipati surah al-Asr.

“Manfaatkan masa dengan bekerja dari rumah secara jujur. Di samping rancanglah “percutian” di rumah sepanjang waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dengan aktiviti berfaedah seperti membaca buku, menonton filem, memasak, solat berjemaah, bertilawah, mentadabbur dan mentahsin Al-Quran”, katanya.

Tambah beliau lagi, faktor imunisasi tinggi berpunca daripada banyak aura positif yang boleh diperolehi melalui pembacaan al-Quran kerana memahami makna terjemahan al-Quran dan mengingati Allah, dapat menenangkan fikiran dan perasaan.

Turut ditekankan ialah pemantauan ibu bapa terhadap jadual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang berlangsung secara maya di samping menerapkan ilmu kelangsungan hidup kepada anak-anak seperti kemahiran menguruskan rumah tangga.

Di samping itu, beliau juga menyarankan sentiasa saling bertanya khabar dan memberi sokongan moral sesama ahli keluarga, saudara-mara serta mengamalkan sikap mengambil tanggungjawab tentang hal-ehwal kejiranan.

#MuhabahMusibah #PositifkanUjianKehidupan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tempoh kutipan untuk Fasa Kedua akan diteruskan sehingga 30 Syawal 1442

Silakan share jika bermanfaat.... Facebook 0 Twitter Print

Subscribe US Now