Remaja 18 tahun johan qari

Kota Bharu: Remaja yang cacat mata kanan diumum sebagai johan qari dalam Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-Quran Negeri Kelantan 2017.

Majlis diadakan di Balai Islam Lundang Kemenangan itu membolehkan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 18, dari Kota Bharu mewakili negeri ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 2 April ini.

Bersamanya ke pertandingan itu adalah Munirah Kasim, 50, dari Tanah Merah yang memenangi tempat pertama qariah. Pemangku Sultan Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment