Sewaktu sidang media pagi tadi berkaitan isu royalti petroleum Kelantan, seorang wartawan bertanya apakah komen berkaitan kenyataan LGE bahawa hanya wujud perbezaan istilah ehsan dan royalti. Saya katakan
“… Bukan isu istilah royalti atau ehsan isunya ialah jumlah bayaran. Kalau hanya ehsan 29 juta setahun ianya jumlah yang terlalu kecil berbanding yang sepatutnya diperolehi. Jumlah 5% ” bayaran tunai” daripada hasil pengeluaran gas dan petroleum sebagaimana dalam perjanjian 1975.
Walaupun sehingga ke hari ini kerajaan tidak menjawab soalan lisan dan bertulis saya dalam perbahasan di parlimen berkaitan jumlah pengeluaran hasil petroleum daripada perairan Kelantan, namun berdasarkan maklumat daripada banyak sumber temasuk jurnal oil & gas yang boleh diperolehi menunjukkan anggaran jumlah yang sepatutnya diperolehi Kelantan adalah ratusan juta bahkan mencecah Billion Ringgit setahun sebagaimana pernah disebut oleh YB Senator Husam Musa sebelum ini di Dun Kelantan. Termasuk disebut MB Kelantan semalam anggaran untuk tahun 2017 RM1, 030 Billion.
Berikut saya nyatakan anggaran Royalti berdasarkan kiraan yang dibuat mengikut 4 blok yang wujud :-
BLOK JDA –
Anggaran pengeluaran gas 790 mmscfd (284 trillion kaki padu setahun).
Anggaran pengeluaran minyak dan gas 60,000 tong sehari kali USD52.51/tong bersamaan USD1.149 billion (RM4.94Billion) (exchange rate RM4.29). Royalti 5% sebanyak dianggarkan RM124 juta.
BLOK PM3
Pengeluaran minyak 106,000 tong sehari dan 270 mmscfd gas sehari (46.06% Hak Malaysia Dari Pengeluaran di PM3). Dianggarakan nilai pengeluaran adalah sebanyak USD2 billion ( RM4.8Billion) dan 46.06% bahagian Malaysia sebanyak USD940juta . Anggaran Royalti kepada Kelantan adalah RM101 juta.
BLOK PM302
Bergading yang terletak di dalam PM302 telah mengeluarkan Gas dengan kapasiti 165 juta kaki padu gas sehari bersamaan 28,500 tong sehari dengan nilai USD545 juta setahun (RM2.77 Billion) . Manakala Royalti 5% adalah RM117 Juta.
BLOK PM301
8 kawasan simpanan minyak mentah dan gas asli di blok PM301 adalah Kamelia, Zetung, Anggerik, Kesumba, Bumi South dan Melati.
Penemuan gas di blok Medan Kamelia di PM301 dengan kapasiti 110 mmcfd telah mula operasi pada Januari 2013 oleh Carigali Hess dengan nilai pengeluaran setahun USD363.5 juta (RM1.56 billion) manakala Royalti 5% adalah RM78 juta.
Bumi South Pengeluaran 87 juta kaki padu gas sehari dengan nilai sebanyak USD287.5 juta setahun bermula dari 2013. Royalti dianggarkan sebanyak RM61.8 juta.
Lawit Pengeluaran Minyak 57,000 tong sehari dengan nilai sebanyak USD1.1 billion setahun. Royalti dianggarkan sebanyak RM235 juta setahun.
Bintang pula Pengeluaran Minyak 30,000 tong sehari dengan nilai sebanyak USD575 juta setahun. Royalti dianggarkan sebanyak RM123.6 juta.
Bagi Medan Jerneh dianggarkan 80% kawasan disebelah Kelantan dan 20% sebelah Terengganu oleh itu royalti bagi Kelantan adalah RM189.5 juta. Pengeluaran dari Medan ini adalah 57,500 tong sehari.
Kalau dicampur angka-angka tersebut RM 1,029.9 juta royalti perlu dibayar kepada Kelantan. Manakala wang ehsan yang dibayar pula sangat jauh bezanya umpama langit bumi RM29 juta sahaja.
Saya amat berkeyakinan menteri kewangan akan menjawab bahawa kiraan dan maklumat pengeluaran ini salah dan tidak betul.
Saya katakan kalau ini tidak betul maka sekali lagi saya mendesak kerajaan dan akan terus mendesak di dalam dan luar dewan agar Kerajaan membentangkan penyata rasmi jumlah pengeluaran gas dan petroleum daripada negeri Kelantan dan semua negeri pengeluar di Malaysia. Namun sehingga hari ini kerajaan tidak berani mendedahkan walaupun saya pernah desak berkali-kali, seakan ada perkara yang sengaja disembunyikan…”.
Catatan Parlimen
Ust Ahmad Marzuk Shaary
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
16/10/2019 Jam 12.30 Tghri.
Sumber: https://www.facebook.com/ybustazmarzuk/posts/763813547390883