Sebahagian jemaah haji kembali ke Makkah

nafarMINA: Hari ini sebahagian jemaah haji Malaysia yang datang dengan penerbangan awal melakukan nafar awal sebelum kembali ke Makkah.

Mereka perlu berniat untuk tidak lagi kembali ke Mina untuk membolehkan tidak melakukan melontar jamrah 13 Zulhijjah.

Selepas melakukan acara melontar pagi tadi sebahagian mereka sudah bertolak ke Makkah.Jemaah haji terbabit datang ke sini dengan penerbangan awal iaitu KT 4 dan KT 10.

Bagaimanapun ada juga yang datang dengan penerbangan lain termasuk KT 18 turut melakukan nafar awal. Bagaimanapun mereka tidak disediakan bas.

Begitu juga jemaah haji dari negara lain antaranya Indonesia sudah bertolak ke Makkah sebaik selesai menunaikan solat Subuh.

Manakala perarakan jemaah haji ke jamrah pagi ini lebih sesak berbanding pagi semalam.

nafar1Tempat permulaan ke jamrah bagi jemaah haji Asia Tenggara begitu sesak sehingga sejauh 300 meter.

Pergerakan begitu perlahan sehingga ribuan jemaah haji terpaksa bersesak-sesak sebelum memasuki terowong.

Mereka berjalan seperti merayap. Keadaan tambah sesak dengan kehadiran rombongan jemaah haji dari Khazarstan dan negara-negara lain.

Manakala sebahagian maktab di tempat penginapan jemaah haji Malaysia tengah hari semakin lengang.

Mina tempat bersejarah yang mencatat peristiwa Nabi Ismail diarah disembelih bapanya sendiri Nabi Ibrahim, kemudian diganti Allah SWT dengan kibasy.

Mina juga tempat bersejarah di mana tentera bergajah diketuai Abrahah hancur akibat digugurkan batu dari neraka oleh burung Ababil.

Pada awalnya tentera Abrahah berhasrat untuk meruntuhkan Kaabah. – HARAKAHDAILY 14/9/2016

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment